Blogging Untuk Bisnes: Jenis-jenis Artikel Yang Anda Boleh Tulis

Blogging Untuk Bisnes: Jenis-jenis Artikel Yang Anda Boleh Tulis

Jika ada sudah membaca artikel kami tentang apa itu content marketing, anda pasti tahu blogging adalah salah satu jenis konten yang anda boleh buat untuk bisnes anda. 

 

Walaupun blogging sering menjadi perkara pertama yang terlintas dalam fikiran apabila topik content marketing dibincangkan, persepsi terhadap blogging masih lagi bias ke arah penulisan diari.

 

Ada yang tidak mahu membina blog untuk bisnes mereka kerana mereka merasakan yang blogging ini hanyalah seperti menulis diari di internet, tidak sesuai untuk bisnes. Ada pula yang sudah tahu potensi blogging untuk bisnes tetapi tidak mahu membina blog sendiri kerana faktor kos dan teknikal. Tidak kurang juga yang tiada idea bagaimana mahu menggunakan blog sebagai alat untuk membantu bisnes.

 

Jika blogging untuk bisnes itu bukan seperti menulis diari online, artikel yang bagaimanakah patut ditulis di blog untuk menyokong bisnes anda?

 

#1 – Pengenalan Produk

 

Anda boleh mula blogging untuk bisnes anda dengan menulis artikel pengenalan tentang produk anda secara umum. Sebut secara ringkas bahan-bahan yang digunakan dalam produk anda, bagaimana ia dihasilkan, apa kebaikan produk, apa manfaat produk kepada pengguna dan sebagainya.

 

Jika anda buat bisnes jenis servis, tulislah serba ringkas servis apa yang anda buat, apa prosesnya, kenapa prosesnya begitu, apa manfaatnya kepada yang melanggan dan sebagainya.

 

Tidak perlu menulis secara terperinci, cukup sekadar pengenalan saja, introduction bak kata mat salleh.

 

#2 – Bahan Aktif

 

Selepas anda menulis artikel pengenalan, anda kupas pula satu-persatu poin dalam artikel pengenalan itu. Dalam artikel inilah anda akan tulis dengan lebih mendalam. Terangkan satu-persatu. Anda boleh mula dengan bahan aktif produk anda, bahan aktif ini adalah bahan utama produk anda.

 

Contohnya produk berasaskan kurma. Jadi anda boleh tulis tentang kurma, apa kebaikan kurma. Boleh juga selitkan kenapa kurma dipilih sebagai bahan utama produk anda.

 

#3 – Pain Point

 

Buat satu atau beberapa artikel daripada kaca mata pelanggan sasaran. Produk atau servis anda selesaikan masalah pelanggan bukan? Artikel ‘pain point’ ini menggunakan konsep ‘saya faham masalah awak’.

 

Anda perlu letakkan diri anda sebagai orang yang mempunyai masalah yang produk atau servis anda selesaikan. Selami keperitan yang mereka alami akibat daripada masalah itu, anda zahirkan dalam bentuk artikel.

 

#4 – Solusi

 

Kemudian, anda seimbangkan pula artikel ‘pain point’ dengan artikel ‘solusi’. Senaraikan cara-cara untuk selesaikan masalah yang anda kongsi dalam artikel ‘pain point’ dalam bentuk tips. Terpulang kepada anda mahu jadikan artikel itu ‘educational’ sahaja atau selitkan softselling produk anda sekali dalam artikel.

 

#5 – Promosi

 

Artikel promosi adalah artikel jenis hardsell. Ia adalah artikel menjual. Anda bagitahu promosi apa yang akan dibuat atau sedang berlangsung. Untuk jadikan artikel promosi anda menjadi lebih menarik, kami rekomen anda baca tentang ‘direct advertising’, ia sangat membantu penulisan artikel sebegini.

 

#6 – Storytelling

 

Artikel jenis bercerita yang berkait dengan produk/servis anda. Boleh jadi kisah benar, semi-fiksyen atau fiksyen. Fiksyen maksudnya rekaan.

 

Kisah benar – penceritaan semula kisah pelanggan sebelum, sedang dan selepas menggunakan produk/servis anda.

 

Semi-fiksyen – inspirasi daripada kisah benar, anda olah semula supaya ia menjadi lebih menarik.

 

Fiksyen – watak, situasi, jalan cerita.. semuanya anda cipta daripda imaginasi anda.

 

Ada banyak lagi jenis artikel yang boleh anda tulis untuk menyokong bisnes anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba buat artikel dalam senarai ini dahulu.

 

Risau tentang kos dan isu teknikal bina website? Tahukah anda Ordersini ada fungsi blogging? Percuma saja. Anda tidak perlu bayar apa-apa. Hanya daftar akaun Ordersini dan anda sudah boleh mula blogging untuk bisnes anda. 

 

Selamat mencuba!

 

 

 

 

>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product