BAGAIMANA MICHELIN NAIKKAN JUALAN TAYAR DI ZAMAN TAK RAMAI ORANG PAKAI KERETA.
Jenama Michelin diasaskan oleh pasangan adik beradik Andre dan Edouard Michelin pada tahun 1889 di Perancis.
Tapi masa tu cuma ada lebih kurang 3,000 buah kereta sahaja di negara tersebut.
Orang yang ada kereta pula kurang berjalan pergi ke mana-mana. Bila kereta kurang digunakan, lambatlah mereka tukar tayar.
Jadi apa Michelin Brothers ni buat?
.
.
Untuk menggalakkan orang travel jauh, mereka terbitkan satu majalah khas kecil berwarna merah iaitu Michelin's Guide untuk pengguna kereta.
Dalam majalah tu ada disediakan maklumat seperti:
👉🏻 Cara tukar tayar kereta
👉🏻 Peta
👉🏻 Lokasi stesen minyak
👉🏻 Tempat-tempat menarik untuk traveller
Selama 2 dekad, Michelin's Guide diedarkan secara PERCUMA kepada pemilik kereta dan hasilnya sangat memuaskan.
Pemilik kereta bertambah dan demand untuk Michelin's Guide semakin tinggi.
.
.
Sampailah satu masa ada benda yang tak best jadi depan mata Andre Michelin.
Satu hari, Andre Michelin pergi ke kedai tayar dan perasan Michelin's Guide yang dia keluarkan jadi tempat sendal meja kerja.
Dari situ dia sedar yang orang tak hargai benda yang diberikan secara percuma.
Andre Michelin tekad nak ubah Michelin's Guide untuk jadi lebih berguna untuk orang ramai.
Bermula tahun 1920, keluaran Michelin's Guide dikenakan bayaran sebanyak 7 franc.
Konten dalam Michelin's Guide juga ditambah baik dengan adanya senarai hotel di Paris, senarai restoran dan juga disediakan ruangan iklan.
.
.
Michelin's Guide jadi sangat popular dan mereka perasan yang info mengenai restoran menjadi pengaruh terbesar untuk pemilik kereta untuk keluar cari restoran.
Mereka pun rekrut beberapa orang dalam bidang makanan untuk jadi pemeriksa restoran untuk melawat dan review restoran-restoran terkenal. Masa inilah 'Michelin Star' pertama dianugerahkan.
Impaknya, setiap restoran yang dapat anugerah ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Michelin's Guide menjadi best-seller yang kemudiannya mengembangkan maklumat mengenai tempat menarik dan restoran terkemuka dari serata dunia.
.
.
Apa yang kita boleh belajar dari cerita Michelin ni?
Lebih 100 tahun dulu lagi Michelin dah mulakan dengan konten marketing ni. Banyak benda yang kita boleh belajar dari strategi Michelin.
1. Faham apa pelanggan kita nak
Pemilik kereta masa tu ada banyak soalan yang ada dalam kepala. Tak tahu nak pergi mana, tak tahu mana restoran yang best. Mereka juga takut nak pergi jauh sebab tak tahu mana tempat yang ada stesen minyak.
Michelin cuma sediakan info yang berguna untuk pemilik kereta supaya mereka boleh lagi kerap menggunkan kereta.
Kita juga boleh gunakan cara Michelin ni untuk buat konten berkaitan dengan bisnes kita. Jawab persoalan yang ada dalam kepala pelanggan kita.
.
2. Buat konten yang unik dan berharga
Kalau Michelin's Guide semata-mata cerita pasal tayar, orang takkan nak beli. Tapi dia buat satu bahagian untuk orang cari restoran menarik yang berdekatan.
Tak cukup dengan tu, dia bagi pula rating untuk setiap restoran dengan bagi Michelin Star untuk orang tahu mana restoran yang best.
Kita juga boleh sediakan konten yang dekat dengan bisnes kita. Tak semestinya hanya pasal produk yang kita jual.
Contoh kalau kita ada bisnes jual tudung, boleh buat konten pasal warna tudung apa yang sesuai untuk dipakai yang kena dengan tona warna kulit.
.
3. Besarkan audience dengan konten
Bayangkan macam mana Michelin nak teruskan bisnes kalau hanya mengharapkan 3,000 orang pemilik kereta saja dalam satu negara.
Dah la jumlah tak ramai, pemilik kereta pula kurang gunakan kereta keluar. Bila masanya tayar akan botak dan orang akan tukar tayar kereta.
Michelin's Guide ni bukan saja menggalakkan pemilik kereta untuk keluar berjalan. Tapi juga untuk tambah keinginan orang lain untuk memiliki kereta.
Pemilik kereta makin bertambah, makin ramailah yang akan tukar tayar dengan Michelin.
.
.
Sama macam artikel ni, ia juga sebahagian dari konten marketing BRC.
😉😉😉
Silakan SHARE posting ini ya.
Semoga bermanfaat.
#contentmarketing
Belajar Teknik Rahsia Zero Kos Marketing
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product