Apa Yang Pelanggan Suka Dan Akan Seronok Nak Membeli Dengan Kita?

Apa yang pelanggan suka dan akan seronok nak membeli dengan kita?

Apa yang pelanggan suka dan akan seronok nak membeli dengan kita?

 

Spoiler alert!!!

 

Ini bukan ilmu gempak, meletup dan advance. Ini ilmu basic je.

 

.

.

 

Pelanggan akan suka kalau kita...

 

FAHAM PRODUK!

 

Ye…

 

Ramaaaaaaaaiiiiii orang bisnes yang jual produk atau servis tapi tak faham pun pasal produk yang dia jual.

 

Bila pelanggan tanya pasal produk, terkebil-kebil nak jawab.

 

.

.

 

Apa cara untuk kita faham produk kita?

 

Ada beberapa soalan yang WAJIB kita jawab.

 

1. Apa benda sebenarnya yang kita jual ni?

 

Benda ni perlu jelas dulu. Kalau apa benda kita jual pun kita susah nak terangkan dekat prospek kita, baik tak payah jual!

 

“Saya jual krim untuk melembapkan kulit untuk orang yang ada masalah kulit kering dan kusam. Krim diimport dari Korea dan telah diuji halal oleh JAKIM dan tidak memudaratkan oleh KKM.”

 

Simple tapi padat. Tak perlu ayat panjang berjela.

 

.

.

 

2. Apa ‘special’ produk kita berbanding produk lain?

 

Ini boleh dijadikan sebagai USP untuk produk kita. Highlight kelebihan produk kita yang bermanfaat, bukan setakat unik semata-mata.

 

“Produk XYZ adalah hasil formulasi dan kajian seorang saintis dari universiti di Jepun. Kajian mengambil masa selama 3 tahun dan telah diuji keberkesanannya.”

 

Dalam ayat ini kelebihan yang diutarakan adalah kajian dari seorang ‘pakar’ dan bukan setakat produk timbang kilo.

 

.

.

 

3. Apa manfaat terbesar dari menggunakan produk ni?

 

Kaji apa manfaat yang pelanggan rasakan selepas guna produk kita. Mesti manfaat yang betul, bukan direka semata-mata.

 

“Kulit rasa sejuk macam kena tiup angin malam. Kulit dah tak menggelupas dan jadi lebih cantik dan lembut.”

 

.

.

 

4. Apa kesakitan yang paling besar prospek sebelum guna produk ni?

 

Cari apa masalah terbesar yang pelanggan dapat selesaikan dengan produk kita.

 

“Masalah kulit kering ni kalau terdedah sikit je dengan cahaya matahari, rasa macam kena bakar kulit ni. Pedih!”

 

Pastikan masalah tu cukup besar buat pelanggan dan cukup ramai orang yang ada masalah yang sama.

 

.

.

 

5. Apa ciri-ciri lain produk kita yang beri manfaat kepada pelanggan?

 

Sebab tu penting untuk kita sendiri guna dan rasa sendiri pengalaman menggunakan produk yang kita jual. Kalau kita jual produk yang tak sesuai untuk kita, bagi orang yang sesuai pakai dan tanya pendapat mereka.

 

“Krim ni tak melekit macam krim-krim yang lain. Bila pakai tu rasa selesa dan tak rimas. Tak perlu basuh lepas sapu.”

 

.

.

 

Dah cukup kaji produk, kita susun bahan-bahan supaya kita boleh tulis satu ayat iklan yang berkesan. Tak perlu guna semua pun bahan ni. Kalau kita betul faham produk yang kita jual, kita takde masalah untuk susun ayat yang boleh tarik minat prospek.

 

Ini baru cerita pasal produk.

 

Sebenarnya ada bahan-bahan lain yang perlu ada dalam copywriting iklan.

 

Nak tahu?

 

Dapatkan panduan PERCUMA ‘Copywriting’ sekarang!

 

Panduan ini akan bantu anda hasilkan copywriting iklan dengan cara paling mudah & berkesan.

 

Pelanggan pun tak rasa menyampah  bila baca iklan.

 

Dapatkan Panduan Di Link Di Bawah

 

 

 

Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product