Apa Masalah Kalau Buat Copywriting Bisnes Tudung Macam Dalam Gambar Ni?

Apa masalah kalau buat copywriting bisnes Tudung Macam dalam gambar ni?

Ada sahabat minta pandangan Apa yg kurang dalam Copywriting nya

 

So saya buat posting ni

Supaya ramai dapat manfaat

 

Pada pandangan saya yang kerdil ni :-

 

#1) TERLALU BANYAK FAKTA DALAM PENULISAN

 

👉 Produk A ada vit B, C, D omega 3

👉 Diperbuat dari Muntah Jin

👉 tahan lasak mudah bentuk ringan

 

Semua ni adalah fakta produk.

Boleh ada tapi sikit sahaja.

 

ingat ni

Facts Tell, Story Sells

 

So macam mana nak buat ayat story?

 

Dalam ayat story kena ada Watak, Masalah, Keinginan dan harapan customer.

 

==========

Contoh 1 :

Aini tak pernah merungut office nya panas sebab hari - hari dia pakai Tudung Faraheena

 

==========

Contoh 2 :

Aini rasa kesian tengok kawan - kawannya basah kuyup berpeluh seharian kerja pakai tudung.

 

Cikgu kan selalu naik tangga. Berpeluh tu biasa. Tapi bukan untuk Aini. Sebab Aini pakai tudung Faraheena yang sejuk ni.

 

==========

Contoh 3 :

 

Dah sampai puncak bukit.

Tudung Aini masih terletak elok lagi sikit pun tak senget - senget. Patutlah ramai kata Tudung Faraheena ni tahan lasak

 

#2) TIADA ELEMEN CURIOSITY (Tanda tanya dalam fikiran)

 

Copywriting di iklan Social Media tak sama seperti iklan di Media Massa (Tv & Radio)

 

Elemen Curiosity sangat penting

Makin tinggi tanda tanya dalam fikiran prospek

makin tinggi CTR sesebuah iklan

 

Macam mana nak wujudkan elemen Curiosity?

✅ Jangan letak harga

✅ Jangan bagi tahu semua info

✅ Simpan sikit info untuk customer bertanya di wasap

 

Sebab tu ramai sifoo sifoo pesan,

Kalau ada 10 kelebihan produk

ceritakan 1-2 sahaja

bukan semua

 

#3) HEADLINE COPYWRITING

 

Agak2 orang nak baca selanjutnya ke jika Headline macam ni?

 

Jawapannya : TIDAK

 

Sebab apa?

sebab org dah tahu ni konfem iklan tudung

org dah tau iklan ni tudung cotton

orang akan tengok gambar dan terus next

atau tak tengok gambar pun terus next je

 

So macam mana nak buat HEADLINE PADU?

 

✅ Ada elemen HOOKS yg buatkan org STOP

✅ Ada Elemen Curiosity yg buat orang tertanya - tanya nak baca selanjutnya

 

====================

Contoh HEADLINE 1 :

 

"KENAPA RAMAI CIKGU - CIKGU MUDAH LETIH DI SEKOLAH YANG RAMAI ORANG TAK TAHU"

 

====================

Contoh Headline 2 :

 

"SATU NI JIKA DIUBAH PARA CIKGU AKAN DAPAT FOKUS MENGAJAR 5X GANDA"

 

================

Contoh Headline 3 :

 

" INI MASALAH AHLI SUKAN WANITA YANG BERTUDUNG PERLU DIAMBIL TAHU DAN CARA SELESAIKANNYA"

 

#4) OFFER TAK MENARIK

 

Free postage ni bukan offer boskus

ini dah satu kewajipan zaman sekarang

beli apa2 pun dapat free pos

 

ubah offer yg lagi wow

 

BELI 1 TUDUNG DAPAT 1 CABUTAN BERTUAH HADIAH BULANAN HANDBAG XYZ

 

#5) TERLALU PANJANG COPYWRITING

 

Trick untuk bagi copywriting panjang nampak pendek adalah

✅ 1 perenggan tak lebih 3 baris

✅ 1 ayat tak lebih 8 patah perkataan

✅ ada penyambung wacana (sebab itu, oleh itu, jadi, maka)

 

#6) ARAHAN CALL TO ACTION TAK JELAS

 

Sebab tu prospek tak buat tindakan

Tak PM anda

ramai yang next kan jer

 

Arahan jelas tu macam mana?

 

CONTOH CTA :

 

Untuk info lanjut tekan link dibawah untuk Wasap Admin Butik kami dan dapatkan design terkini dengan harga berbaloi.

 

#7) PENJENAMAAN

 

Sebut jenama dalam copywriting terutama produk tudung macam ni.

 

BAWAL COTTON MANIK NI

ubah kepada

TUDUNG BAWAL FAREEDA NI

(sebut jenama anda, bangga dengan jenama anda)

 

#8) AYAT INTRO BILA MASUK WASAP

 

pun penting boss

yg ni kena test mana satu yg convert sale

buat banyak2 link

dan tengok mana yang convert lead dan sale banyak

 

#9) PENGGUNAAN BAHASA

 

kena kaji audience kita

kalau audience makcik2. ayatnya macam mana

kalau audience budak2. ayatnya macam mana

 

#10) Jangan guna Shortform

 

Be profesional. Supaya customer tak nampak kita ni peniaga cikai cikai

dan

supaya metric Facebook tak salah faham dengan copywriting anda

 

BTW anda maksudkan By The Way

tapi facebook faham Buy their wife

tak pasal - pasal kena tuduh ads jual perempuan dan akaun pun kena restrict.

hati2

(tu contoh je)

 

Ini cumalah pandangan saya

dan ini apa yang saya amalkan untuk buat copywriting iklan Facebook ads

 

Share jika anda rasa bermanfaat

 

TAMBAHAN :

Ubat Kuat, Produk merah,

Tak payah buat macam ni tau.

Make it simple je.

 

Assalamualaikum.....

 

Kredit content  Syahmi Roslan

 

(Klik)>>>Rahsia Bisnes Tudung<<<<(Klik)

 

 

(Klik)>>>Akses 100% Percuma Portal E-learning Mudahnya Bisnes Tudung<<<(Klik)

(Klik) >>>Channel telegram Mudahnya Bisnes Tudung<<<<(Klik)

 

>>>Klik Untuk Lihat Bawal Cotton Voile Chantik Wholesale<<<

>>>Klik Untuk Lihat Katalog Tudung Borong Chantik wholesale<<<

>>>Website Chantik Wholesale<<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product