Apa Itu Payment Gateway & Bagaimana Ia Berfungsi?

Apa Itu Payment Gateway & Bagaimana Ia Berfungsi?

Baru-baru ini software engineer kami telah berjaya menambah 5 payment gateway baharu ke dalam sistem Ordersini menjadikan jumlah keseluruhan 7 payment gateway.

 

Berikut adalah senarai terkini payment gateway dalam sistem Ordersini:

 

Billplz

ToyyibPay

Bizappay (baru)

Senangpay (baru)

Raudhahpay (baru)

Stripe (baru)

Paypal (baru)

 

Selain daripada senarai di atas, ada banyak lagi payment gateway lain seperti iPay88, MOLPay, eGHL, dan Pay.my.

 

Apa sebenarnya payment gateway ini?

 

Seperti yang diterangkan secara ringkas dalam artikel sebelum ini, payment gateway atau gerbang pembayaran lebih popular di kalangan peniaga online yang mempunyai website jenis ecommerce.

 

Baca: 7 Cara Peniaga Terima Bayaran Selain Duit Tunai

 

Payment gateway bertindak sebagai orang tengah yang menyediakan servis memproses dan menerima pelbagai jenis bayaran. Ia menjadi penghubung antara 3 pihak iaitu peniaga, pelanggan dan pihak bank.

 

Masih belum jelas?

 

Katakan akaun bank anda ialah A, pelanggan anda pula ada akaun bank B. Apabila pelanggan membuat pembayaran kepada anda, payment gateway (kita panggil sebagai C) inilah entiti yang akan memindahkan duit daripada akaun bank B kepada akaun bank A dan mengenakan sedikit komisen atau caj ke atas servis pemindahan tersebut.

 

Urutan transaksi bermula dengan duit bayaran pelanggan itu dipindahkan daripada B kepada C (akaun bank payment gateway) dan kemudian daripada C kepada A. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya sehari selepas bayaran dibuat.

 

Sebab itulah jika anda baca terma dan syarat pakej servis yang ditawarkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan payment gateway, mereka ada menyatakan berapa lama tempoh diperlukan untuk duit bayaran diproses masuk ke akaun ada, juga disebut sebagai ‘settlement speed’ atau ‘settlement working days’. Kebiasaannya lebih cepat tempoh settlement dibuat maka lebih tinggilah caj servis yang dikenakan.

 

Sesetengah syarikat penyedia perkhidmatan payment gateway juga menetapkan jumlah minima tertentu sebelum settlement boleh dibuat. Jika jumlah minima itu tidak dicapai, proses settlement akan dibawa ke tarikh settlement seterusnya.

 

Macam mana nak pilih payment gateway?

 

Dalam sistem Ordersini saja ada 7 payment gateway yang anda boleh pilih. Mungkin anda rasa sedikit keliru nak pilih yang mana satu. Sukar untuk melabel payment gateway mana yang terbaik kerana setiap payment gateway menawarkan perkhidmatan yang sedikit berbeza antara satu sama lain.

 

Semasa memilih payment gateway, perhatikan jenis-jenis medium pembayaran yang ditawarkan, caj transaksi, tempoh settlement dan paling penting sekali customer service. Anda mungkin akan berdepan dengan segala macam isu teknikal dan pastinya memerlukan sokongan dan bantuan segera daripada pihak penyedia perkhidmatan payment gateway. 

 

Sekiranya support team lambat respon kepada masalah anda, aliran tunai bisnes anda berisiko untuk terjejas.

 

Jika sebelum ini payment gateway hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai website ecommerce, kini kemudahan ini sudah boleh diakses tanpa perlu membina website sendiri. Anda cuma perlukan sistem seperti Ordersini untuk automasikan bisnes online anda.

 

 

 

 

>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product