Apa itu kulup zakar?
Kulup adalah kulit yang menutup hujung kepala zakar.
Semasa lahir kulup akan melekat pada hujung zakar dan tidak boleh ditarik ke belakang atas zakar. Tetapi dalam tempoh 2 tahun berikut kulup akan berpisah perlahan-lahan dari kepala zakar dan seterusnya ia boleh ditarik dari atas bahagian kepala zakar.
Bagaimanakah seseorang remaja perlu menjaga kulup zakar?
Remaja perlu memastikan bahawa kulup sentiasa dijaga.
Apabila anda mandi, tarik kulup secra perlahan-lahan dan berhati-hati kebelakang dan bersihkan kepala zakar dengan sabun dan air supaya ianya sentiasa bersih.
Selepas dibersihkan, tarik kulup kembali ke posisi asal di atas kepala zakar.
Jangan terlalu kasar supaya tidak menyebabkan kecederaan pada kulup mahupun zakar.

SMEGMA BERLEBIHAN
Jika anda tidak membersihkan kulup secara rutin, sejenis bahan putih yang dikenali sebagai smegma akan terkumpul dibawah kulup di bahagian kepala zakar.
Smegma adalah sel-sel lama yang sentisa terbentuk dibawah kulup apabila sel baru terbentuk.
Smegma boleh dibersihkan dengan senang saja sepertimana yang disebut di atas.
Jika tidak ia boleh terkumpul dengan banyak dan menyebabkan rasa gatal dan kurang keselesaan.
PHIMOSIS
Phimosis ialah keadaan dimana kulup terlalu sempit (lubang pembukaan terlalu kecil) menyebabkan kulup sukar atau tidak dapat ditarik kebelakang.
Oleh yang demikian apabila zakar menjadi tegang, kulup tidak akan bergerak ke belakang. Ini akan atau boleh menyebabkan kesakitan
Apa yang perlu anda lakukan jika didapati anda mengalami masalah phimosis
Jumpa dengan doktor untuk pendapat.
Doktor akan melakukan pemeriksaan.
Doktor mungkin menasihatkan kamu untuk meregangkan kulup setiap hari secara perlahan-lahan dengan harapan ianya menjadi lebih longgar.
Ia mungkin mengambil beberapa minggu untuk berjaya.
Kadangkala doktor anda akan memberi krim steroid untuk disapu.
Jika semua langkah ini gagal, doktor anda akan mencadangkan supaya anda menjalani prosedur bersunat.
PARAPHIMOSIS
Keadaan ini berlaku apabila kulup yang kebelakang tetap pada keadaan tersebut dan tidak dapat kembali ke posisi asal. Ini akan menyebabkan keadaan seumpama gelang getah di penghujung kepala zakar. Ini akan mengganggu aliran darah dan seterusnya menyebabkan bengkak dan kesakitan pada kulup.
Jangan sekali-kali biarkan kulup dalam keadaan ini.
