Kalau dropship biasanya pelanggan akan bank in ke akaun anda kemudian anda submit detail pelanggan serta buat bayaran harga dropship kepada supplier anda.. selepas supplier anda pos barang anda akan dapat tracking.. kod tracking tu anda kena bagi kepada pelanggan anda tu tadi..
Anda tak payah pening dah nak urus stok.. nak simpan stok.. nak hantar stok.. tugas anda cuma promosi.. ambil order.. serta uruskan pelanggan anda kalau dia bertanya ke apa..
Manakala kalau affiliate... anda kena daftar percuma dahulu.. lalu anda boleh pilih produk apa yang anda nak promosi.. setiap produk ada link affiliate anda sendiri..
Tugas anda ialah promosi link tu lalu jika ada yang klik dan beli melalui link anda.. anda akan dapat komisen.. komisen akan masuk ke akaun anda setiap hujung atau awal bulan...
Jadi yang mana pilihan anda..
Saya buat dua-dua.. setakat apa yang saya nampak... dari segi persaingan drosphip lebih ramai berbanding affiliate...
Buat je lah dua-dua... nama pun income sampingan... selagi boleh sedut.. kita sedut gaisss.... 💪💪💪