9 TIPS HENDAK BERJAYA DALAM BISNES ONLINE
1. NAWAITU ( NIAT YANG BETUL )
Apa niat anda? Nak bangunkan ekonomi keluarga nak sara keluarga atau tambah pendapatan. Selesaikan permasalahan orang.
2. BERMULA SECARA KECIL-KECILAN.
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga ribuan ringgit. Mula dengan apa yang ada, paling penting Ilmu pengetahuan yang dapat menjadi petunjuk.
3. MEMPUNYAI STRATEGI YANG BERKESAN.
Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, anda juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan.
4. MEMAHAMI DAN MENGIKUTI KEMAHUAN PELANGGAN.
Jual produk yang mendapat permintaan tinggi dan orang cari. Tawarkan apa yang mereka mahu. Kaji pasaran untuk tahu produk permintaan tinggi.
5. JANGAN HILANG FOKUS TERHADAP APA YANG DIUSAHAKAN.
Setiap perniagaan yang baru ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan Sebagainya. Fokus kepada perniagaan yang anda lakukan.
6. PEMASARAN ADALAH NADI PERNIAGAAN.
Pemasaran adalah nadi perniagaan yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik bisnes kerana ia akan menentukan kejayaan perniagaan anda dalam jangka masa pendek. Tiada cara lain untuk anda bersaing di dalam perniagaan sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik anda melakukan pemasaran.
Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal. Oleh itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan perniagaan anda.
7. RAJIN BELAJAR DAN BIJAK LABUR WANG PADA ILMU.
Belajar di sini adalah menerusi pembacaan, menonton video tutorial dan rajin dalam membuat kajian tentang teknik ataupun cara yang betul melakukan perniagaan internet.
8. SURVIVAL.
Perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha keras akan berjaya. Praktikkan setiap tips yang diperolehi daripada mentor. Belajar untuk bertindak sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya. Kelak, sifat 'survive' inilah yang bakal membantu anda dikemudian hari.
9. TIADA JALAN SINGKAT.
Apa yang penting dalam melakukan perniagaan online adalah kesabaran. Tiada jalan mudah untuk bertahan lama dan berjaya dalam perniagaan internet jika kita mempunyai sikap mahu cepat kaya. Buang sifat negatif itu serta mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan Internet. Practice makes perfect!
KESIMPULAN :
Semakin ramai orang yang terlibat menjalankan bisnes online sekarang ini sebagai sumber pendapatan.
Namun kerana tidak mengambil berat soal ilmu bisnes online yang betul menyebabkan ada antara mereka menemui kegagalan.
Semoga tips di atas dapat dipratikkan dan seterusnya bisnes online anda semakin berkembang maju.
Credit Content Xifu Viral
Nak Naikkan Sales? Klik
Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN
Shopee Hero Download percuma di sini
Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini
Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product