9 Kelebihan Bisnes Online Berbanding Offline
1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam sehari.
Bisnes offline: waktu perniagaan terhad.
2. Kos overhead
Bisnes online: wak hanya perlu ada laptop dan sambungan internet.
Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM150 – RM200 setahun.
Namun jika wak seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai maya wak.
Bisnes offline: kos lebih besar berbanding dengan bisnes online.
Antara kos yang wajib diambil kira ialah kos sewa kedai, gaji pekerja, kos pemasaran dan pengiklanan offline, bil air dan elektrik.
3. Lokasi
Bisnes online: wak bebas menjalankan perniagaan wak di mana-mana sahaja asalkan wak ada mobile phone atau laptop, sambungan internet dan pejabat pos untuk beroperasi.
Bisnes offline: Statik. Terutamanya kalau wak membuka premis perniagaan, wak tidak boleh membawa kedai wak ke lokasi lain kecuali wak bergerak seperti stall burger, mengguna van atau motor.
Cuma akan penat sedikit dan juga jangan lupa kos minyak dan maintenance.
4. Modal permulaan
Perniagaan online: wak bebas samada nak menyimpan stok dengan banyak atau sedikit bergantung pada permintaan.
Sekiranya wak menjadi agen dropship, wak langsung tidak memerlukan stok.
Dalam laman web/ blog, wak hanya perlu pamerkan gambar sahaja.
Perniagaan Offline: wak perlu menyediakan modal yang agak besar untuk menyediakan stok di kedai wak.
5. Pekerja
Bisnes online: tidak memerlukan pekerja.
Bisnes offline: perlu ada pekerja di permis.
6. Pelanggan
Bisnes online: melangkaui sempadan negara kerana pelanggan boleh datang dari mana-mana pelusuk dunia yang mempunyai kemudahan internet.
Bisnes offline: terhad pada pelanggan di sekitar kedai sahaja, dan dijangkakan pelanggan akan berkurang pada hari bekerja.
7. Pengiklanan dan pemasaran
Kedai offline: memerlukan lebih banyak pengiklanan dan pemasaran.
Juga perlukan sebuah website untuk mengiklankan kedai di internet dan media sosial.
Bukti jelas menunjukkan bahawa memiliki sebuah perniagaan online sangat penting untuk memajukan dan mengembangkan sesebuah perniagaan offline.
8. Risiko
Untuk stabil dalam sesebuah bisnes, ia memakan masa.
Apa yang kita dapat lakukan untuk mengurangkan risiko ialah bermula dari bawah.
Sekiranya jualan wak tidak sebanyak yang wak target, dengan menjual secara kecil-kecilan bagi melalui bisnes online tidak akan memberi impak yang besar sehingga boleh merugikan kerana tidak memerlukan kos permulaan dan operasi yang banyak.
9. Masa untuk keluarga
Menguruskan kedai online cukup mudah, cuma pengurusan masa yang baik sangat penting supaya wak boleh membahagikan masa di antara perniagaan dan peribadi.
Banyak lagi kelebihan bisnes online nak di bandingkan bisnes offline.
KLIK >>>Jom Viralkan Bisnes Anda Di Facebook<< KLIK
Credit Content The Duo Heroes,
Sifu Ash dan Sifu De Amirul
Geng Duo Heroes
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video