7 NASIHAT UNTUK BISNES KEKAL RELEVAN WALAUPUN KETIKA MUSIM PENDAMIK.

7 NASIHAT UNTUK BISNES KEKAL RELEVAN WALAUPUN KETIKA MUSIM PENDAMIK.

7 NASIHAT UNTUK BISNES KEKAL RELEVAN WALAUPUN KETIKA MUSIM PENDAMIK

 

Dengan keadaan sekarang ni, banyak bisnes termasuk bisnes besar yang terpaksa gulung tikar akibat daripada kurangnya orang berbelanja.

 

Di Malaysia sendiri banyak bisnes besar seperti hotel dan syarikat pelancongan terpaksa memberhentikan operasi.

 

Tapi...

 

Ada juga bisnes yang berjaya ubah 'nature' bisnes untuk survive dalam musim yang tak menentu ini.

 

Ada hotel yang menawarkan servis 'home cleaning'.

Syarikat penerbangan ubah kapal terbang menjadi restoran.

Gym buat online exercise.

Terbaru, AirAsia buat servis penghantaran makanan dengan AirAsia Food.

 

Terpulang pada kaca mata kita untuk melihat situasi Covid ini sebagai satu bencana atau peluang.

 

.

 

Ada 7 tips yang anda boleh gunakan untuk ubah bisnes anda semasa pandemik ini.

 

1. Dengar keluhan pelanggan.

 

Kita boleh dapat idea bisnes yang baru dengan hanya kita mendengar keluhan pelanggan kita. Ada pelanggan yang masih nak beli produk atau servis kita tapi tak kesampaian.

 

Kita boleh tengok contoh Tesco. Sebelum PKP pun dah ada servis penghantaran ke rumah pelanggan, tapi semasa PKP servis ini dipertingkatkan lagi. Mereka faham orang tak digalakkan keluar dan susah untuk beli barang.

 

Disebabkan hanya seorang saja dari setiap keluarga boleh keluar beli barang dapur, mereka sediakan staf untuk bantu golongan lelaki yang ada masalah memilih barang dapur yang dipesan isteri di setiap cawangan.

 

Contoh lain, ada bisnes yang menyediakan kit penyediaan makanan untuk memudahkan pelanggan mereka sediakan makanan yang sama dari restoran di rumah.

 

.

 

2. Sesuaikan bisnes dengan keperluan baru pelanggan.

 

Kalau sebelum pandemik, takde siapa nak simpan stok hand sanitizer atau face mask di rumah atau dalam kereta. Tapi sekarang, benda ni jadi satu keperluan untuk keluar rumah.

 

Ini satu keperluan baru pelanggan.

 

Industri fesyen antara yang terjejas semasa PKP pertama dijalankan. Kalau orang tak boleh keluar rumah, takde keperluan untuk orang berpakaian cantik.

 

Tapi ada bisnes fesyen yang menambah produk baru yang bersesuaian dengan musim pandemik ini iaitu face mask. Jenama macam Prada, Burberry dan Supreme keluarkan design face mask baru untuk pelanggan mereka.

 

Walaupun pendapatan dari penjualan baju mereka terjejas, tetapi dari penjualan face mask ini sedikit sebanyak dapat menampung operasi bisnes mereka dan elakkan mereka tutup bisnes.

 

.

 

3. Jangan ambil kesempatan.

 

Dalam keadaan kita nak jana jualan, jangan pula kita ambil kesempatan atas situasi semasa. Nak buat duit biarlah dengan cara yang betul, bukan dengan cara menipu atau mengambil kesempatan.

 

Contohnya, ada bisnes yang mendakwa produk mereka mampu mengelak dari pengguna terkena virus Covid-19. Ada juga produk kesihatan yang kononnya mampu tingkatkan tahap imunisasi badan.

 

Ini salah satu 'false claim' untuk kaut untung dari situasi semasa. Mereka ambil kesempatan ketakutan orang dari dijangkiti virus dengan menjual produk mereka.

 

Apa-apa perkara yang melibatkan kesihatan perlu merujuk kepada nasihat dari pakar kesihatan atau KKM.

 

.

 

4. Teruskan komunikasi dengan pelanggan.

 

Jangan biarkan pelanggan hilang perhatian terhadap kita. Apa saja perubahan sama ada waktu operasi atau model bisnes berubah kita perlu maklumkan kepada pelanggan.

 

Kalau kita baru nak bangunkan satu bisnes baru, bagitahu kepada pelanggan kita. Kalau pelanggan suka dengan kita, mereka akan tetap membeli dari kita walaupun kita dah ubah bisnes.

 

Pelanggan mungkin akan anggap bisnes kita terkubur kalau kita terlalu lama senyap dan tak beroperasi. Apa saja plan kita untuk bangkit, kita sebarkan melalui media sosial kita. Akan ada pelanggan yang tetap menyokong kita dan beri semangat.

 

Gunakan platform media sosial bisnes kita juga untuk sebarkan perkara positif sepanjang kita menghadapi ujian ini.

 

.

 

5. Bersedia untuk ubah bisnes lagi.

 

Walaupun kita dah ada satu model bisnes baru yang berjaya dan buat duit, kita tetap perlu bersedia untuk ubah lagi jika berlaku musibah lain. Pandemik ini membuatkan kita sedar perlunya ada plan B dalam bisnes.

 

Pelanggan tak dapat datang ke kedai, kita boleh jual secara online melalui shopee atau Lazada. Tapi macam mana kalau satu hari nanti, platform ini ditutup atau kita dilarang untuk menjual di platform mereka?

 

Kita perlu sedar setiap platform ini bukan milik kita. Kena bersedia untuk ubah tempat kita menjual. Kita boleh buat website ecommerce kita sendiri contohnya supaya pelanggan tetap boleh membeli dengan kita.

 

.

 

6. Gunakan sumber sedia ada.

 

Untuk ubah atau mulakan bisnes baru, kita tak semestinya perlu keluarkan modal untuk beli benda baru. Gunakan apa saja sumber yang kita dah sedia ada.

 

Dari apa yang kita ada pun macam-macam cara kita boleh buat duit. Contohnya kalau kita ada bisnes jual makanan tepi jalan dan kita ada van untuk angkut barang. Kita boleh gunakan van untuk khidmat penghantaran barang dapur atau makanan siap ke depan rumah pelanggan.

 

Tak perlu pun kita nak laburkan modal yang besar. Kalau perlu keluarkan modal pun cuba labur modal seminimum mungkin.

 

.

 

7. Serve pelanggan sedia ada (database).

 

Dalam keadaan macam ni, database adalah penyelamat besar bisnes kita. Rugi kalau dah bertahun jalankan bisnes tapi masih takde simpan database pelanggan.

 

Masa ni la kita nak serve database bisnes kita. Tak perlu spend iklan untuk cari pelanggan baru. Dari database, kita juga boleh tentukan bisnes baru kita ini ada demand ke tak.

 

Jika sambutan baik dari database pelanggan kita, kita boleh kembangkan lagi. Tapi jika sambutan sendu, bermaksud kita perlu ubah bisnes atau jual produk lain.

 

Tak adalah kita terbakar modal besar syok sendiri konon produk baru kita ni akan meletup, tapi akhirnya simpan bawah tangga.

 

.

 

Suka dengan konten kami?

 

Silakan SHARE kepada rakan-rakan supaya mereka juga dapat manfaat.

 

#tipbisnes

 

 

Klik Untuk Download Panduan Percuma Naikkan Sales 3 Kali Ganda Dalam Masa 7 Hari Sekarang

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product