7 Cara Peniaga Terima Bayaran Selain Duit Tunai

7 Cara Peniaga Terima Bayaran Selain Duit Tunai

Apa cara anda terima bayaran untuk bisnes anda?

 

Adakah anda masih mengamalkan ‘cash only’ dalam semua transaksi bisnes anda?

 

Pembayaran secara cash atau tunai adalah cara yang telah sekian lama digunakan. Walaupun kini sudah ada banyak cara lain untuk membuat pembayaran, ia masih lagi menjadi pilihan utama bagi ramai peniaga untuk menerima bayaran daripada pelanggan.

 

Sebelum kita bincangkan cara-cara lain itu, jom kita kupas sedikit kelebihan dan kekurangan bayaran cara ‘cash only’ ini.

 

Dengan menetapkan bayaran hanya secara tunai, 100% hasil jualan diterima oleh peniaga, tiada caj bayaran kepada orang tengah atau penyedia servis, peniaga juga mendapat terus duit jualan semasa urusniaga berlaku.

 

Walaubagaimanapun, menerima bayaran secara tunai ini ada risikonya. Antaranya ialah:

 

Risiko duit hilang kerana tersalah letak, tercicir, dicuri atau dirompak.

 

RIsiko penipuan duit palsu, biasanya duit kertas not besar

 

Risko dapat duit kertas yang koyak menyebabkan duit kertas itu tidak laku

 

Selain daripada itu, peniaga perlu sediakan duit kecil dan duit syiling untuk bayaran baki. Kutipan duit jualan juga perlu dibawa ke bank untuk dimasukkan ke dalam akaun.

 

Mungkin kita rasa selesa dengan cara ‘cash only’ kerana sebab-sebab yang disebut di atas, tetapi kita kena ingat, duit adalah angka yang boleh diterima dalam pelbagai bentuk, bukan hanya duit kertas dan syiling.

 

Baik, sekarang kita bincangkan pula cara-cara lain untuk terima bayaran.

 

#1 – Cek

 

Bayaran menggunakan cek ini biasanya lebih banyak dilakukan oleh pemilik syarikat atau individu yang mempunyai akaun semasa. Pastikan anda periksa tarikh yang ditulis di atas cek. Anda mungkin akan mengalami gangguan aliran tunai jika tarikh yang ditulis adalah tarikh masa depan atau post dated cheque kerana cek sebegini hanya boleh ditunaikan pada tarikh yang tertera pada cek.

 

#2 – Deposit Tunai di CDM

 

Walaupun agak mengejutkan, masih ada pelanggan yang menggunakan cara konvensional iaitu pergi ke mesin deposit tunai (CDM) untuk membuat bayaran. Sebab utama yang sering dijawab apabila ditanya ialah mereka tidak ada online banking jadi terpaksa mencari CDM setiap kali mahu membuat pembayaran.

 

#3 – Online Transfer

 

Online transfer di sini merujuk kepada ‘manual online transfer’ di mana pelanggan perlu login ke dalam akaun bank menggunakan browser atau melalui apps untuk buat pembayaran. Selepas itu pelanggan akan memaklumkan kepada peniaga butiran pembayaran berserta bukti. Semenjak caj instant interbank fund transfer sudah tidak dikenakan, semakin ramai yang suka membuat online transfer untuk buat pembayaran.

 

#4 – Kad Debit/Kredit

 

Kad debit/kredit adalah cara bayaran yang sangat digemari oleh pelanggan. Bukan saja mudah digunakan, pelanggan juga akan mendapat manfaat-manfaat daripada penggunaan kad debit/kredit seperti mata ganjaran (points), pulangan tunai (cashback) dan diskaun. Bagi jumlah yang besar, pengguna juga boleh memilih skim bayaran ansuran (installment).

 

Walaupun ia adalah cara yang digemari ramai, tidak semua peniaga mahu atau mampu menerima bayaran melaui kad debit/kredit kerana peniaga perlu membayar caj transaksi daripada penyedia servis.

 

#5 – QR Pay

 

Ini adalah cara yang semakin mendapat sambutan daripada orang ramai. QR Pay adalah cara bayaran menggunakan kamera smartphone atau aplikasi QR code scanner. Ia mudah digunakan, hanya perlu ada smartphone dengan fungsi kamera atau aplikasi QR code scanner dan sambungan internet.

Contoh QR Pay: Maybank QRPAY.

 

#6 – E-Wallet

 

Selain daripada QR Pay, e-Wallet juga adalah trend pembayaran masa kini yang kian popular. Konsepnya sama dengan QR Pay iaitu berbelanja secara tanpa kad dan tanpa tunai (cardless and cashless). Pengguna hanya perlu buka aplikasi dalam smartphone untuk membuat bayaran.

 

Contoh e-Wallet: Boost, Touch n Go, Wechat Pay, Grab Pay, Setel dll.

 

#7 – Payment Gateway

 

Payment gateway atau gerbang pembayaran lebih popular di kalangan peniaga online yang mempunyai website jenis ecommerce. Payment gateway bertindak sebagai orang tengah yang menyediakan servis memproses dan menerima pelbagai jenis bayaran. Ia menjadi penghubung antara 3 pihak iaitu peniaga, pelanggan dan pihak bank.

 

Kebanyakan payment gateway menerima pelbagai jenis online banking dan kad debit/kredit serta boleh diintegrasi dengan banyak jenis website.

 

Contoh payment gateway di Malaysia: Billplz, SenangPay, toyyibpay, MOLPay, iPay88, Stripes, Paypal dll.

 

Begitulah serba ringkas 7 cara terima bayaran selain duit tunai.

 

Sebagai pengusaha bisnes atau peniaga, mempelbagaikan cara untuk terima bayaran serta memudahkan pelanggan membuat bayaran adalah amat penting kepada kelangsungan bisnes. Semoga perkongsian ini dapat memberi perspektif yang lebih luas kepada peniaga untuk keluar daripada zon selesa “kami terima cash sahaja”.

 

 

 

 

>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product