6 DIMENSI BISNES

6 DIMENSI BISNES

 

6 DIMENSI BISNES saya berguru dengan Dato' Nik Hasyudeen (CEO Tabung Haji) sejak 2017.  

 

Beliau berikan sebagai bekalan persediaan memulakan dan meneruskan bisnes. Saya implement dalam bisnes yang saya dan partner run. Lalu saya gambarkan dalam slide ini

 

1. Dimensi pertama adalah  STRATEGI.

 

+ Strategi itu kita memilih nak pergi ke mana dan memilih nak capai apa dalam bisnes?

+ Contoh kita nak buka warung goreng pisang.

1) Pilih nak jual kepada siapa?

2) Pilih pisang dan tepung apa nak guna?

3) Pilih lokasi menjual di mana?

4) Pilih segala keperluan berkaitan supaya kita bersedia sebelum kita mula jual goreng pisang.

5) Adakah ia dapat menarik hati orang-orang yang nak beli pisang goreng kita itu?

6) Adakah kita menyelesaikan masalah orang yang sukar cari goreng pisang DARIPADA PERSPEKTIF MEREKA. Bukan daripada kita.

7) Adakah ia menguntungkan?

 

+ Jelas perkara ini, barulah kita jelas ke mana nak pergi dan apa yang kita nak capai. Inilah strategi.  

 

+ Jika tak jelas ibarat kita berlari di atas treadmill (alat berlari setempat). Kita penat dan berpeluh berlari namun tak ke mana-mana.  

===

 

2. Selepas jelas strategi, barulah kita cerita dimensi kedua iaitu PENGURUSAN OPERASI.

 

+ Operasi bagaimana kita nak susun bisnes kita supaya memastikan kita dapat deliver apa yang dijanjikan.  

 

+ Kita akan menghadapi isu besar jika kita abaikan kelancaran, keberkesanan dan kecekapan operasi.

 

+ Pengurusan operasi ketika bisnes kecil jauh bezanya apabila bisnes sudah besar.

 

+ Terutamanya apabila permintaan tinggi dan bisnes menjadi besar.  Jika tidak di uruskan, kita akan menghadapi kejatuhan akibat tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

 

+ Berbalik kepada warung pisang tadi. Nak besarkan bisnes kita buka banyak cawangan. Ketika satu warung bekalan pisang tak sama banyaknya dengan 15 warung.  

 

+ Dalam operasi pengurusan stok pisang mentah mesti di ambil kira. Mana nak letak (isu storage) dan bagaimana nak edarkan ke semua cawangan atau ambil kawasan berdekatan (isu logistik).

 

+ Apabila beli dengan stok yang banyak isu modal dan terma bayaran sudah berbeza. Samada bayar tunai atau ada tempohnya.

 

+  Apabila bisnes sudah besar, bukan sahaja saiz yang di ambil kira, setiap sekecil-sekecil dan sebesar-besar perkara operasi mesti di ambil kira.

 

+  Jika kita tidak susun operasi dari awal, kita akan hadapi masalah khususnya apabila kita nak besarkan bisnes.

 

===

 

3.  Dimensi ketiga adalah PENGURUSAN PEMASARAN (MARKETING).

 

+ Pemasaran menjadi mudah dengan adanya media sosial. Namun Usahawan perlu jelas beza pemasaran dengan jualan.

 

+ Jualan adalah proses jual beli manakala pemasaran itu macammana kita nak posisikan bisnes kita di dalam kepala pelanggan atau bakal pelanggan.

 

+  Pemasaran yang berkesan apabila pelanggan atau bakal pelanggan ada masalah, adakah muka kita atau bisnes kita muncul dahulu dalam kepala dia yang boleh selesaikan masalah dia.

 

+  Bagaimana kita nak tanamkan bisnes kita atau muka kita di dalam fikiran pelanggan terutama pelanggan bernilai tinggi.

 

+  Kita perlu ingat, pelanggan yang ideal untuk kita juga ideal untuk pesaing-pesaing kita.

 

+  Bukan kita sahaja yang sayangkan dia jika dia pelanggan bernilai tinggi atau pelanggan ideal kita. Pesaing juga memerhati dan akan mendampingi dia untuk sayang dia juga.

 

+  Maka kita kena ambil kira bagaimana mahu muncul dalam kepala mereka bukan pesaing kita dalam pemasaran sebelum kita 'sayang' mereka.

 

===

 

4. Seterusnya dimensi ke empat adalah PENGURUSAN INSAN.

 

+ Tak mudah nak gabungkan insan menuju halatuju bisnes yang sama.  

 

+ Setiap orang ada kemahuan dan kesukaan kita sendiri.

 

+ Usahawan kena belajar menguruskan hati setiap tahap pemimpin.

 

+ Mana-mana organisasi akan hadapi isu sama tentang insan. Jadi tak perlu stress sangat.

 

+  Tanggungjawab kita untuk grow potensi setiap insan dalam organisasi kita dari biashe-biashe kepada luar biasa. Sekaligus dia bantu organisasi kita grow.

 

+  Jangan takut insan-insan yang kita bantu grow itu jadi lebih baik dari kita atau lari dan buka bisnes lain

 

+ Jika ada perasaan sebegitu, kita akan hadkan perkembangan dia. Bila kita hadkan secara langsung kita hadkan perkembangan bisnes kita.

 

+  Pengurusan insan ini adalah pengurusan hati. Ini kerja sukar yang Usahawan kena hadap. Nak ajar skill, ilmu atau latihan itu mudah sahaja.

 

+ Kita latih dia setia dengan kita dan jika di berhenti buka bisnes lain pun dia masih bersama kita dalam komuniti yang lebih luas.

 

+ Usahawan mesti berjiwa besar untuk memiliki mindset sebegini.

 

+ Jika kita grow mereka dan support dia nak berhenti dan pergi tempat lain atau buka bisnes lain, dia akan ingat kita sampai mati.

 

+ Kita tak tahu bila kita beri dia peluang, buka jalan untuk dia satu hari nanti bisnes dia lebih besar dia akan libatkan kita dalam bisnes dia kelak.

 

===

 

5. Seterusnya dimensi kelima iaitu PENGURUSAN KEWANGAN.

 

+ Bila kita berbisnes, akhirnya kita atau sesiapa sahaja akan tanya bisnes kita untung atau rugi.

 

+ Usahawan tak boleh tetapkan untuk rugi ikut cara atau formula sendiri.  

 

+ Untung atau rugi ada formula khusus dan tersendiri yang wajib Usahawan belajar.

 

+ Tidak mengambil tahu tentang kewangan  mengakibatkan bisnes kita akhirnya jatuh tersungkur  

 

+ Kita kena sentiasa ingat, setiap RM akan dihidu oleh LHDN (cukai).  

 

+ Usah biarkan  LHDN kira. Dia akan caj 100% ke 200% lebih sebagai upah untuk mereka.

 

+ Jika tidak di ambil kira akhirnya kantoi akan menyebabkan kita patah semangat dan mungkin meranapkan bisnes kita.

 

+ Usahawan mesti jelas struktur pengiraan kos bisnes mereka. Tidak boleh main "harap-harap untung."

 

===

 

6. Akhir sekali dimensi keenam iaitu PENGURUSAN PEMATUHAN.

 

+ Usahawan perlu pastikan setiap pematuhan dalam bisnes masing-masing dipatuhi.  

 

+ Sebagai contoh Dato' Nik sendiri adalah pengarah Bank Islam. Kira-kira 2,000 pematuhan yang perlu dipatuhi oleh Bank Islam. Pengarah sahaja ada berbagai pematuhan yang perlu diikuti.

 

+  Segala halangan berkaitan pematuhan dapat di elakkan jika kita ambil peduli dan tindakan awal.

 

+  Contoh pematuhan termasuk cukai (antara yang terbesar termasuk GST dan SST), penggajian pekerja dan peraturan-peraturan dalam bidang masing-masing.  

 

Begitulah.

 

Credit Content Cikgu Closing

 

Nak Naikkan Sales? Klik

 

Seminar Percuma STRATEGY LEDAK SALES DI BULAN RAMADHAN

 

Shopee Hero Download percuma di sini

 

Belajar Lebih Banyak Tentang Shopee Di Sini

 

Pastikan Join, Unmuted & Pin Channel Telegram Mudahnya Berniaga Di Shopee

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product