5 Petua Kuno Merawat Resdung Yang Ramai Tahu Tapi Tak Buat

5 Petua Kuno Merawat Resdung Yang Ramai Tahu Tapi Tak Buat

Jom kita amalkan petua-petua mudah dibawah ini dengan menggunakan bahan yang ada di dalam rumah anda untuk merawat resdung. In Sya Allah dengan IzinNya dapat melegakan resdung.

 

- Hidrasi

Minum banyak air mineral tanpa diberi gula. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

 

- Sedut Wap Air Hangat

Rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh tutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

 

- Tuam Muka Dengan Air Panas

Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Panaskan air sehingga mendidih, tunggu air sedikit suam, celupkan tuala ke dalam air, perah airnya dan tuamkan tuala di bahagian muka anda. Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

 

- Kunyit Atau Halia

Kunyit mempunyai sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia ialah ia boleh menenangkan perut anda.

 

- Cuka Epal Dan Madu

Petua menghilangkan resdung seterusnya adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epala dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

 

Semoga bermanfaat

Semoga Bermanfaat, Sila Share
 
Khairul Iqbar Afyaa Trusted Seller