5 Nasihat Berikutan Keadaan Ekonomi Yang Makin Teruk Sekarang Ni. Moga Bermanfaat
.
Facebook, Instagram & Whatsapp di bawah parent company iaitu Meta, berhentikan 11,000 pekerjanya.
.
Twitter berhentikan 3,700 pekerjanya bersamaan 50% dari keseluruhan pekerja. Stripe berhentikan 1,120 pekerjanya.
.
Tak terkecuali Google, Microsoft, Philips, Intel.. dan banyak lagi syarikat gergasi yang kita kenal buat perkara yang sama.
.
Tiada jalan lain, selain berhentikan pekerja untuk kurangkan kos ketika keadaan ekonomi sekarang yang semakin teruk. Yes, sebab kegawatan ekonomi.
.
Tapi yang peliknya, masih ada kawan kata:
"aku tak rasa lagi kesan kegawatan ekonomi" - itu 2 minggu lepas.
.
"Mahal betul makan tadi kat cafe, ambik sekian³ dah RM9, aku dah bagitau tak order air, mmg harga itu jugak" - minggu lepas.
.
Haritu awk kata tak terasa. Lawak²! Dah² la, berhenti berpura² kaya, berlagak kaya.
.
Orang yang betul² kaya pun mengaku yang sekarang ni ekonomi semakin teruk. Robert Kiyosaki, Donald Trump, you named it.
.
..yang buat risau, wave macam ni tak ambil masa lama untuk masuk Malaysia.
.
BNM pun umum naikkan OPR tu, apa maksudnya tu.. takkan tak nampak² lagi.
.
Banyak bisnes mula nak stable balik selepas post Covid.. kegawatan ekonomi pula. Sure lebih banyak syarikat terpaksa berhentikan pekerja, atau dipotong gaji, gaji tak naik jangan cerita lah, ada syarikat dah lama tak rasa naik gaji.. jangan mimpi.
.
Persoalannya, kita dah cukup bersedia ke kalau tiba² hilang separuh, atau hilang terus satu satunya sumber pendapatan utama yang kita ada?
.
Nasihat saya..
.
1. JANGAN TAMBAH HUTANG.
.
Ini paling penting. HATI-HATI.
Di waktu ini, akan banyak iklan dari bank² tawarkan personal loan, sebab bank tau, rakyat tengah terdesak dengan tekanan ekonomi.
.
Yet, masih ada yang nak maintain lifestyle, dan ada jugak yang betul² cukup² paras hidung untuk hidup. So apa pun memang perlukan cash.
.
Akan ada telemarketer call untuk cuba offer personal loan kat anda, akan banyak iklan didengari kt radio dan sebagainya.
.
Tambah hutang ibarat korek lubang baru lah.. memang sedap masa dapat duit cash selepuk.
.
Sedapnya sementara shj kawann.. Pastu nak menanggung bayar komitmen bertambah setiap bulan.
.
Memang ada sesetengah yang so call genius pandai manipulate. Buat personal loan, dump invest situ sini.. hujung tahun profit³!
.
haha, atas kertas planning cantik kawan, bila dapat cash selepuk gelap mata. Habis planning.
.
Bertahan, bertahan. Kalau tak yakin dengan diri sendiri nak pusing, nak manipulate, better jangan lah tambah loan.
.
.
2. KURANGKAN PERBELANJAAN, UTAMAKAN SAVING.
.
Ni cakap senang, nak buat payah.
.
Kalau dah berkeluarga, discuss baik² dengan pasangan. Benda ni senang buat kalau dua² pihak capai kata sepakat.
.
Kalau sorang nak save, sorang lagi tak faham, so dia akan kata kedekut. Kalau sorang nak beli benda keperluan, tapi lagi sorang tak faham, so akan kata dia boros.
.
Bincang baik². Cut mana yang tak perlu. Kehendak stop sekejap, keperluan diutamakan.
.
Tukar sport rim trend terbaru = kehendak, takpayah!
Beli smartphone baru tapi smartphone skrg elok lagi = kehendak, takpayah!
Sambut birthday kat hotel grand sampai kena kluarkan saving (itu pun kalau ada saving) = kehendak, takpayah! Baik pergi umrah.
.
Ni contoh²nya yang takpayah buat.
.
Instead of buat contoh² kat atas tadi, tukar kepada saving/ menyimpan.
.
Nak menyimpan kat mana? Jawapan paling mudah: tempat yang terjamin dan susah nak korek duit tu suka² hati. ASB, mutual fund contohnya Public Mutual, Tabung Haji, beli emas dll. Study sikit dan mula saving.
.
.
3. TAMBAH SUMBER PENDAPATAN, JANGAN BERGANTUNG HANYA PADA 1 SUMBER
.
Mula tambah sumber pendapatan.. tak reti? kena belajar, kena mahu dan kena buat. Sebab apa? Kalau 1 sumber pendapatan utama tu terjejas, at least kita ada backup.
.
Contoh tiba² gaji kena potong separuh, atau tiba² kena buang kerja.. kita ada backup pendapatan sampingan ni untuk teruskan kehidupan bagi anak bini, keluarga makan - paling kurang pun masih mampu utk 'put food on the table', beli susu pampers anak, dll keperluan.
.
KETUA KELUARGA (Suami, bapak, babah, abah, father, daddy, ayah, abi.. apa shj panggilan) take note sbb ini melibatkan TANGGUNGJAWAB. Jangan abaikan, ha.. jangan main².
.
Nak tambah sumber pendapatan dengan cara apa? Tak perlu fancy. Start small, start apa yang ada di tangan.
.
Lagi² kalau tak ada kemahiran dan tak ada modal, jangan mimpi nak buat loan pergi bukak cafe hipster, jadi founder produk, buat kolam ikan, kontrak buat bangunan bagai apa semua.
.
Kalau takjadi bisnes tu, naya, hutang untuk mula bisnes tu masih kena bayar jugak. Jangan risikokan diri sebab acah² berlagak nak kaya bisnes juta². Sekali lagi, start small.
.
Mula dengan kemahiran yang kita ada. Ambil masa sendiri duduk diam sorang² cuba fikir, atau bincang dgn pasangan, find out apa kemahiran yang diri kita ada. (Saya sendiri start dapat idea bisnes servis website saya cara macam ni)
.
Cari kemahiran, atau kalau tak jumpa kemahiran, tengok unfair advantage yang kita ada. Start sebagai side hustle, ada banyakk..
.
Sbb tu muncul freelancer, buat website, buat design logo, buat translation, voice over, eh macam² lah.
.
Atau kalau tak melibatkan kemahiran, tak confident dengan kemahiran yang kita ada, boleh tambah pendapatan sampingan dengan platform² atau peluang bisnes yang disediakan.
.
Grab, Food Panda, dan banyak lagi yang lain. Saya yakin anda pun tahu.
.
Nak yang jenis menjual, jual banyak dapat komisen banyak, boleh cuba platform affiliate. Daftar sebagai agen affiliate, dapat link affiliate dan promote produk tu melalui link affiliate.
.
Contoh, daftar affiliate Shopee, promote link produk Shopee. Affiliate TikTok ada, affiliate produk digital pun ada, promote ebook²/video course, salah satunya kat Malaysia ialah KlikJer, atau boleh juga join group² affiliate geng² Internet marketer, mereka biasa anjurkan contest affiliate. Saya dulu aktif juga buat duit dgn cara affiliate.
.
Atau kalau nak komisen USD, ada JV Zoo dan ClickBank dan banyak lagi lah platform² affiliate.
.
Nak dengan tak nak je. Pokoknya jangan malas! Peruntukkan 3-4 jam sehari untuk buat benda untuk tambah pendapatan sampingan ni.
.
.
4. MULA BINA PENDAPATAN PASIF
.
Sedikit berbeza dengan di atas. Di atas lebih kepada sumber pendapatan aktif.
.
Pendapatan aktif = buat dapat income, tak buat tak dapat income.
.
Pendapatan aktif ni contohnya:
.
Bekerja. Kerja dibayar gaji. Kalau berhenti kerja tak dibayar gaji. Kalau sakit, MC terlalu lama, gaji kena potong dan mungkin lebih teruk tak dibayar gaji terus.
.
Walaupun career tu gaji besar, tapi kalau tak dapat bekerja, terpaksa berhenti kerja = tak ada gaji.
.
Side hustle atau freelance job yang saya bagitahu di atas tadi biasanya jenis pendapatan aktif. Buat job ada dapat bayaran. Tak ada job, tak ada bayaran.
.
Beza dengan pendapatan pasif.
.
Pendapatan pasif = buat sekali mula² agak mencabar, dan dapat income, kemudian tak buat pun masih boleh dapat income.
.
Pendapatan pasif ni contohnya:
.
Penulis buku, kemudian terbitkan. 1st time kerja susah nak menghabiskan tulis 1 buku. Bila buku tu dah diterbitkan dan dijual di mana² kedai buku fizikal/online, setiap kali 1 naskah buku kita terjual, kita akan dibayar royalti.
.
Contoh lain. Penulis lirik, penyanyi.. setiap kali lagu berkumandang kat radio, dibayar royalti.
.
Ini semua jenis pendapatan pasif yang perlukan kepada bakat. Bakat menulis, bakat menyanyi.
.
Kalau tak ada bakat, cara lain bina pendapatan pasif ialah boleh cuba 2 bidang ini.
.
Bidang hartanah. Contoh yang kita tahu: beli rumah, beli shop lot, buat sewa. Setiap bulan penyewa bayar sewa masuk akaun kita.
.
Simpanan dan pelaburan emas juga boleh jadikan sebagai 'kenderaan' untuk bina pendapatan pasif.
.
Yang dua di atas ni ialah jenis pendapatan pasif yang perlukan kepada modal yang besar. Ada modal besar, sila teruskan. Belajar dengan yang pakar dan pastikan strategi betul, kalau tak, leburrrr.
.
Tak ada bakat, tak ada modal banyak. Don't worry masih boleh bina pendapatan pasif. Caranya ialah program referral berbentuk langganan.
.
Program referral berbentuk langganan ni, sistem reward nya direka untuk bina pendapatan pasif kepada kita sebagai promoter/ejen.
.
Contoh, program referral hosting (server website). Bagaimana? Customer beli hosting dari link yang kita promosikan, customer akan bayar langganan kepada company hosting setiap bulan.
.
Maka setiap bulan juga lah company hosting tu akan bayar komisen kepada kita.. selagi mana customer tu guna dan bayar langganan setiap bulan.
.
Salah satu paip pendapatan pasif saya ialah melalui program referral hosting.
.
.
Ini saya promosikan pakej hosting dari company Net KL, salah satu company hosting Malaysia.
.
Kalau nak komisen USD pun boleh, saya juga sertai program referral hosting Cloudways dan WPX Hosting. Saya hanya promosikan servis hosting yang saya sendiri pernah guna dan puas hati.
.
Ada lagi yang lain? ada. Program referral software email autoresponder. Ini pun salah satu yang saya sendiri buat dan pernah menjadi salah satu paip pendapatan pasif saya.
.
Saya promosikan software email autoresponder Getresponse untuk usahawan yang memerlukan solution email marketing.
.
Mereka beli, langgan setiap bulan, mereka bayar kepada Getresponse.
.
Mereka puas hati dengan servis Getresponse, jadi pastinya mereka akan terus membayar setiap bulan ke Getresponse.
.
Maka Getresponse akan bayar komisen kepada saya. Ini best sebab komisen dalam USD.
.
Ada lagi beberapa program referral berbentuk langganan yang lain yang saya buat. Made in Malaysia for Malaysian iaitu OrderSini dan OnPay. Sampai sekarang founder OrderSini, tak miss bayar komisen ke akaun bank saya.
.
Yang terbaru dan yang paling saya suka sekarang ini ialah program referral simkad, salah satunya the best ialah Tone Wow, atau dahulunya dikenali dengan Tone Excel, kerana produknya boleh relate dengan hampir semua orang.
.
Model bisnes ini bagi saya, saya tak namakan sebagai langganan sebab basically customer bukan melanggan, tapi customer memang perlu beli/repeat buyer setiap bulan.
.
Saya sendiri sekarang memang tengah bersungguh jadikan ini sebagai paip pendapatan pasif utama disebabkan potensinya yang boleh dikatakan almost 99% repeat buyer setiap bulan.
.
Promosikan simkad, bila customer buat pembelian, mereka guna dan semestinya mereka top up. Kita dibayar komisen ikut % dari jumlah top up customer tersebut.
.
Selagi mana mereka selesa guna simkad tu, maka mereka akan terus topup setiap bulan dan kita akan terus dibayar komisen juga setiap bulan.
.
Selain promosi simkad, boleh juga promosikan peluang menjadi agen program referral simkad ini dengan berikan link sahaja.
.
Lagi satu peluang yang saya nampak, tapi yang ini saya belum explore. Iaitu dengan program referral sebagai consultant bagi produk yang ada bayaran bulanan. Contohnya agen takaful, insurans, mutual fund, gold.
.
Bertindak sebagai consultant, promosikan dengan cara ketengahkan kelebihan dan pentingnya untuk perlindaungan & simpanan, buka mata mereka. Bila mereka yakin dan sertai, mereka bayar premium setiap bulan
.
Bila mereka terus membayar premium setiap bulan, kita pun akan dibayar komisen juga setiap bulan oleh company. Selagi mana mereka bayar, selagi tu lah dapat masuk dalam akaun bank.
.
Saya tak ada pengalaman bina pendapatan pasif dengan cara ini, jadi kalau nak tahu detailnya kena tanya yang pakar.
.
Ini beberapa orang yang saya boleh refer, kalau melibatkan nak jadi agen takaful ialah tuan Fdaus Ahmad , kalau area Johor mungkin boleh tanya adik ipar saya - Izzati Ismail , dan kalau minat nak mula dengan agen public mutual, boleh tanya agen saya sendiri Mohd Isa.
.
Itulah beza pendapatan aktif, pendapatan pasif dan contoh contohnya yang boleh dicuba. Okay ada lagi 1 nasihat last sebelum saya tutup laptop ni, dah panjang membebel.
.
.
5. JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH, IBU BAPA, PASANGAN & ANAK. TINGKATKAN AMALAN
.
Ini bukan asas kewangan atau cara tambah pendapatan. Tapi ini saya nampak sebagai satu asas yang paling penting.
.
Kalau penting, kenapa saya letak last sekali? Sebabnya saya nak anda yang membaca ingat melekat akan nasihat yang last ini.
.
Dari pengalaman saya yang tak seberapa ni, salah satu punca rezeki rasa tersekat, hidup tak tenang dan tak bahagia berpunca dari kita tak jaga hubungan kita dengan Allah, ibu bapa, dan pasangan.
.
Contoh: sengaja lewat-lewatkan solat, lagi teruk sengaja tak solat. Amalan buat sekadar ada. Tak peruntukkan masa untuk Allah.
.
Buat ibu bapa terasa hati, jarang sangat balik kampung, jarang call tanya khabar. Benda yang sepatutnya bincang dengan pasangan, tak bincang dan buat keputusan sendiri. Tak jadi 'pendengar yang baik' masa pasangan & anak cakap, ceritakan sesuatu dan banyak lagi lah kalau nak senaraikan.
.
Semua perkara ni beri kesan. Jangan buat main. Kena jaga.
.
Pengalaman saya, bila adjust benda-benda ni, nampak ada improvement dalam kehidupan dan bisnes. Percayalah, sebab kita gembirakan atau paling kurang tak susahkan/tak buatkan orang yang kita sayang sedih.
.
Lepas tu top-up dengan amalan tambahan. Perlu ke? Perlu, kalau nak rasa apa kesannya, cuba buat. Lagipun, apa sahaja kebaikan yang kamu buat, bukan untuk orang lain, ianya adalah untuk diri kamu. So, buatlah.
.
Antaranya disarankan: jaga solat 5 waktu, solat jemaah, tahajjud, dhuha, witir, baca Quran - Al Kahfi (10 ayat awal, 10 ayat akhir), Al Waqiah, Yasiin, Al Mulk, As Sajdah, sedekah. Set target, buat sebagai rutin harian.
.
Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Usahakan diri untuk buat, lama-lama In sha Allah boleh istiqomah dan melekat. Kita usaha tolong diri kita, Allah datangkan lagi pertolongan dan mudahkan.
.
Kita manusia biasa, saya sendiri ada yang termiss, ada yang culas. Tapi perlu ada kesungguhan untuk buat, buat, buat.
.
Kesannya dalam hidup kita, semestinya hidup rasa lebih tenang sebab kita mendekatkan diri kepada Allah. Ia juga salah satu cara untuk kita kurangkan stress dengan masalah harian dan cabaran kegawatan ekonomi ni.
.
Sebagai bonus, kesan yang saya sendiri alami, Alhamdulillah urusan Allah permudahkan, rezeki tidak putus-putus, ibarat air mengalir, kadang ada datang tidak disangka sangka. Walaupun kadang-kadang ada masa terhimpit, sesak, diuji dengan sakit, tetapi akhir sekali Allah bantu lorongkan jalan.
.
.
Akhir penulisan, terima kasih sebab sudi membaca sampai habis. Anda memang hebat.
.
Nasihat saya ni semestinya bukan yang terbaik dan bukan yang paling utama untuk diikuti. Baca dan pertimbangkan, paling kurang mungkin sedikit sebanyak boleh bantu kita semua nak menghadapi krisis ekonomi yang sedang berlaku dan akan semakin meruncing menjelang 2023 ni.
.
Be strong! Plan ahead, if you fail to plan, you plan to fail! Saya doakan kita semua kuat dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.
.
Affiq Fadzil
.
PS: Anggaran dah lebih 2,000 patah perkataan ni, masa membaca mungkin antara 5-7 minit, dah boleh letak sebagai artikel di blog saya pula lepas ni.
.
.
Gambar ialah salah satu whiteboard kecil yang saya gantung dalam bilik kerja saya.. tulisan di whiteboard ini saya tulis dari awal 2021 seingat saya.
Credit Content Affiq Fadzil

😔 Buntu tak tahu apa nak buat untuk tambah income? Jom dapatkan eBook 140 mukasurat yang tunjukkan 5 idea buat side income 4-angka sebulan.
💪🏻 Ebook Projek Side Income ni dulu free, sekarang dah jadi RM4 ni, jangan lambat, takut naik lagi nanti.
🔗 > Klik link Ni Sekarang <