5 Fungsi Terbaru Dalam Ordersini Yang Akan Gembirakan Peniaga Online & Affiliate Marketer

5 Fungsi Terbaru Dalam Ordersini Yang Akan Gembirakan Peniaga Online & Affiliate Marketer

Baru sahaja kami lancarkan beberapa feature baru pada minggu lepas, sekarang kami lancarkan lagi 5 fungsi tambahan untuk peniaga online & affiliate marketer dalam sistem Ordersini.

 

Semua feature ini ialah semua yang diminta oleh user melalui borang feedback 

 

 

FEATURE BARU ORDERSINI  #1 & #2 – Analytics Code di Form & Success Page

 

Ada beberapa pengguna Ordersini meminta supaya dimasukkan ruang untuk pasang pixel code by product. Jadi lebih mduah mereka nak run beberapa kempen iklan daripada ads manager yang berbeza.

 

Ada juga yang perlukan ruang untuk conversion pixel diletakkan di success page untuk track pembelian melalui FB Ads & google ads.

 

Jadi ini ialah berita gembira buat mereka.

 

Kami sudah menambah satu menu baharu untuk masukkan analytic code. Apa sahaja jenis code boleh dimasukkan di dalam ruangan tersebut mengikut produk. Malah anda boleh pilih sama ada mahu letak pixel tersebut di form atau di success page (conversion).

 

FEATURE BARU ORDERSINI #3 – Best Affiliate Product List

Ini juga fungsi yang diminta oleh para affiliate dalam Ordersini. Kebanyakan affiliate tak tahu produk mana yang bagus untuk dipromosikan . Dengan adanya menu baru ni, anda boleh lihat sendiri berapa unit terjual bagi setiap produk & berapa peratusan conversionnya.

 

Ada beberapa column untuk anda lihat statistik setiap produk termasuklah tarikh dilancarkan, komisen, unit terjual dan conversion rate. Anda boleh sort semula produk mengikut column tersebut.

 

Kami juga mudahkan urusan anda untuk ambil link affiliate produk yang anda mahu. Terus klik butang promote link di hujung sekali & boleh mula promosikannya di media sosial anda.

 

FEATURE BARU ORDERSINI #4 – Conversion Rate Graph di Dashboard

Kami dah masukkan satu lagi graf baru yang memaparkan conversion rate bagi 10 produk terbaik anda. Anda boleh lihat sendiri produk mana yang mempunyai conversion yang tinggi dan boleh buat keputusan kempen pengiklanan anda berdasarkan data tersebut.

 

FEATURE BARU ORDERSINI #5 – New UI for Purchased Record List

 

Sebelum ni purchased record kelihatan sangat buruk (hahahha). Jadi kami dah pun ubah purchased record jadi lebih cantik supaya mudah pembeli anda rujuk semula pembelian mereka.

 

Berikut ialah video tutorial untuk kegunaan dan penerangan mengenai 5 fungsi yang ditambah hari ini:

 

 

Jangan lupa share artikel ni. Kita jadikan platform Ordersini sebagai platform pilihan utama peniaga online & para affiliate seluruh Malaysia.

 

 

 

 

>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<

 

 

 

 

Share artikel ini dengan klik icon

 

 

Klik untuk baca lebih banyak artikel & video

 

 

Klik untuk lihat product