33 hari termasuk 9 hari ditidurkan di ICU setelah di sahkan p.o.si.t.i.f. Akibat ambil tak endah batuk & sesak nafas musim-musim sekarang, separuh daripada paru-paru Ros kini dah tak berfungsi. Keadaan Ros ni dijangka akan kekal buat selamanya dan hampir mustahil untuk pulih macam asal. Itulah kesan yang Ros tanggung setelah di sahkan p.o.si.t.i.f sampai terpaksa bertarung nyawa selama 33 hari termasuk sembilan hari 'ditidurkan' di Unit Rawatan Rapi (ICU), selepas disahkan p.o.si.t.i.f pada 21 Oktober lepas. Paru-paru Ros berfungsi 48 peratus ja masa tu, kira macam separuh daripada paru-paru tu dah 'mati'. Doktor bagitau yang paru-paru Ros dah tak boleh kembali normal dan kesannya Ros dapat rasa. Sekarang dah tak boleh bergerak cergas macam dulu. Kalau dulu, setakat jogging 7-15 km tu normal ja. Ni baru gerak dari ruang tamu ke dapur pun dah rasa macam pergi hiking Gunung Datuk. Inilah kesan selepas bertarung nyawa.
Ros tidak pernah menghidap apa-apa penyakit serius sebelum ni. Yelah, kita sentiasa maintain pemakanan, exercise tak pernah missed, tapi tak sangka cerita rekaan yang dianggap oleh sebahagian orang ni, meninggalkan kesan yang besar pada Ros hingga terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan fisioterapi pernafasan.
Bukan tu ja, kesan rawatan di ICU masih terasa kat tekak Ros sampai sekarang. Kesan dimasukkan tiub tu. Allahu, sapa yang pernah lalu ja akan faham. Bergerak sikit ja, sakit dia macam nak tercabut tekak keluar dari mulut. Pernah Ros nak dialihkan ke katil lain, tiub tu boleh bergerak-gerak, dia punya sakit, macam kena siat-siat kulit.
Bila diingatkan balik sebelum dikomakan, Ros dapat peluang untuk bercakap dengan mak lalu video call. Doktor bagitahu, kalau apa-apa jadi pada Ros, inilah pertemuan yang terakhir. Ros mohon maaf pada mak, mak terus menjerit, “Anak mak kuat!! Ini bukan kali terakhir kita bercakap, mak tunggu Ros kat rumah”. Masa tu, Ros terfikir 2 benda ja, Mak & kat dunia mana Ros akan bangun lepas ni. Alhamdulillah, Allah masih bagi pinjam nyawa. Berkat doa Mak, Ros masih diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga hari ni walaupun masih perlu menyesuaikan dengan keadaan kesihatan Ros sekarang.
Disebabkan Ros yakin, setiap penyakit ada penawarnya, Ros berusaha untuk cari apa-apa ikhtiar yang boleh digunakan untuk bantu Ros sihat seperti sediakala hinggalah Ros terdengar dalam radio tentang khasiat yang ada pada Jintan Hitam. Bila Ros baca artikel yang berkaitan dengan Jintan Hitam ni, memang berkesan untuk masalah yang berkaitan dengan paru-paru. Ros terus cari sampailah Ros terjumpa di FB. Jus Jintan Hitam. Yelah, Ros pernah dah cuba makan Jintan Hitam yang ori tu, memang tak boleh nak telan. Sebabkan dia bagitau, Jus Jintan Hitam ni tak pahit, itulah Ros berani berhabis duit kat situ. Terus Ros order 6 botol untuk rawatan selama 3 bulan.
Selang 2 hari, Jus Jintan hitam pun sampai. Terus Ros unboxing, koyak & minum. Allahu, leganya tekak, berangin, rasa macam habis dia tolak segala kahak, sakit tekak masuk dalam perut. Bila Tarik nafas, Allah sedapnya. Macam dapat paru-paru baru. Jus Jintan Hitam ni dia ada rasa mint & masam-masam sikit. Memang jauhlah beza dari makan Jintan Hitam timbang kilo tu. Dalam hati Ros, ni baru 1 pek ni, tak habis lagi. Takkanlah cepat macam ni kesan dia.
Tapi malangnya, selang 2 jam, Ros batuk balik. Haha, harapan palsu, masih mengah-mengah. Tapi Ros nak expect ape kan, baru 1 pek. Jadi, Ros continue makan ja sampai lah seminggu tu, barulah nampak batuk mula kurang, kahak pun dah tak pekat macam sebelum ni. Kalau tak, all the time nak batuk ja, tekak asyik gatal. Tapi Ros masih lagi mengah-mengah. Tak sangka kesan dia sampai macam ni. Tapi Ros yakin, Ros akan sihat seperti sebelum ni.
Ros minum Jus Jintan Hitam ni, setiap kali sebelum tidur. Adakala, Ros ambil pagi, tengahari & malam bila batuk kuat sangat. Tapi lepas 3 minggu, Ros dah boleh maintain minum 1 pek sehari. Time ni, mengah pun dah kurang. Batuk pun dah tak sekuat dulu. Ros dah boleh start buat kerja lebih kuat dari sebelum ni. Alhamdulillah. Sekarang setakat jemur kain, mengemas rumah dah boleh dah. Tak macam sebelum ni.