Pening
Mungkin digambarkan sebagai perasaan tidak stabil atau rasa hendak pitam
Mungkin digambarkan sebagai perasaan tidak stabil atau rasa hendak pitam.
Dalam keadaan normal, keseimbangan deria dikawal oleh isyarat otak yang menerima isyarat dari beberapa lokasi : mata, saraf sensori dan telinga. Keseimbangan yang terbaik bergantung kepada sekurang-kurangnya dua dari tiga sistem yang sensori berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, apabila anda menutup mata semasa berdiri, tidak bermakna anda hilang keseimbangan. Isyarat dari telinga dalam dan saraf sensori membantu anda tegak dan stabil.
Walau bagaimanapun, jika sistem saraf pusat tidak boleh memperoses isyarat dari semua lokasi atau sistem sensori tidak berfungsi sepenuhnya atau mesej bercanggah, anda mungkin hilang keseimbangan. Kebanyakan pening akan berakhir dengan cepat tetapi ia mungkin sebagai gejala keadaan yang lebih serius.
Sebab
Penyebab pening adalah:
+ Vertigo – perasaan badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing
- Gangguan telinga dalam (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
- Vertigo yang tidak bahaya berkaitan dengan perubahan kedudukan badan yang berlaku sekali sekala.
- Mastoiditis (radangan pada mastoid)
- Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis), Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)
+Sakit kepala yang ringan
- Gangguan telinga dalam
- Gangguan kerisauan seperti serangan panik, agoraphobia ( perasaan gerun melintasi tempat lapang)
- Hyperventilation (pernafasan cepat)
- Hilang cecair badan contoh peluh berlebihan.
- Perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat diuretic dan ubat kemurungan.
- Keadaan medikal seperti diabetes dan penyakit Parkinson.
- Anaemia
+ Muntah-muntah
Loya dan muntah apabila menaiki kereta, kapal terbang, bot atau kapal.
Tanda & Gejala
- Perasaan persekitaran berpusing atau bergerak (vertigo)
- Hilang keseimbangan
- Loya
- Tidak stabil
- Sakit kepala sedikit
- Pitam
- Lemah
- Letih lesu
- Sukar memberi tumpuan
- Pandangan kabur selepas menggerakkan kepala dengan cepat
- Perasaan penuh dalam telinga, berdengung atau berdesing dalam telinga dan kadang kala hilang pendengaran.
Komplikasi
Walaupun pening selalunya sedikit, jumpalah doktor jika anda mengalami pening berpanjangan dan diikuti dengan gejala berikut:
- Sakit kepala bertambah
- Pandangan kabur.
- Hilang pendengaran.
- Gangguan pertuturan.
- Lemah pada kaki dan tangan.
- Hilang tahap kesedaran.
- Jatuh atau sukar berjalan.
- Kebas atau rasa menyucuk.
- Sakit dada atau sedar denyutan jantung cepat.
Pening menyebabkan risiko tinggi untuk jatuh dan membawa kecederaan kepada anda. Jika berlaku semasa memandu kereta atau mengendalikan jentera berat boleh menyebabkan kemalangan.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada penyebab.
1. Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).
2. Keadaan telinga dalam.
- Senaman latih keseimbangan (vestibular rehabilitation) digunakan untuk merawat “acute vestibular neuronitis or labyrinthitis”.
3. Penyakit Meniere’s
- Kurangkan retensi cecair melalui ubatan diuretik (buang cecair badan) atau perubahan makanan contoh kurangkan garam dalam makanan)
- Pembedahan mungkin diperlukan
4. Migrain Vestibular
- Elak sesetengah makanan
- Kurangkan tekanan perasaan
- Tetapkan corak tidur
- Doktor mungkin memberikan ubat untuk migrain dan vertigo
5. Gangguan kerisauan (Anxiety disorders)
- Kaunseling
- Ubat Anti-anxiety mungkin dipreskripsikan
Jika anda mengalami pening:
- Elak memandu kereta atau kendalikan jentera berat jika kerap pening.
- Elak dadah, alkohol atau merokok.
- Pencahayaan yang terang jika turun dari katil pada waktu malam.
- Berhati hati kemungkinan anda hilang keseimbangan.
- Elak mengubah kedudukan dengan cepat.
- Elak terlalu mengerakkan kepala (terutama melihat ke atas)
- Elak terdedah kepada keadaan ketegangan atau kerisauan atau perkara yang merangsangkan pening termasuk sebarang alahan.
Sumber myhealth.gov.my
Tengah Cari Tukang Urut Lelaki Yang Boleh Datang Rumah?
Tak dek masa nak pergi kedai urut & suka privacy?
✅ Hanya urut lelaki Muslim normal sahaja.
✅ Urutan Tradisional Melayu + Reflexology. Tiada urutan batin.
✅ Berpengalaman lebih 13 tahun mengurut VVIP.
✅ Urut mengunakan minyak herba premium yang mengandungi Habbatussauda, Minyak Zaitun, Halia Bara, Kayu Manis, Halba & Cengkih yang bernilai RM129.
✅ Cover area Lembah Klang sahaja.
✅ Servis direct ke rumah / office / premis / hotel sahaja. Tiada kedai walk in.
Slot Urutan Badan Wak Jonet
✅ Setiap hari beroperasi. Slot cepat penuh kena cepat booking slot. Sila rancang jadual untuk urut. Jangan buat kerja last minit 😂
👉🏻 Slot Pagi
10 Pagi ke atas
👉🏻 Slot Petang
Selepas solat Zuhur
2 petang ke atas
Selepas solat Asar
5 petang ke atas
👉🏻 Slot Malam
Selepas solat Magrib
9 malam ke atas sehingga jam 12 tengah malam sahaja.
Pakej Urutan
✅ Percuma caj transport yang bernilai RM10
✅ Percuma calendar Wak Jonet 2025 limited edition bernilai RM10.00 (Selagi stok masih ada)
✅ Boleh buat pembayaran menggunakan Touch & Go, Transfer, QR Code atau Cash
✅ Pakej Puas Hati
Harga Sebenar 2 Jam RM199
✅ Pakej Sedap
1 Jam 30 Minit RM149
✅ Pakej Best
1 Jam RM99
✅ Wasap
011-1100-2348 (Klik Sekarang Untuk Wasap)
✅ Website Wak Jonet
Testimoni Wak Jonet (Klik Sekarang)