Bisnes online atau perniagaan dalam talian kini telah menjadi satu trend di Malaysia.
Saban hari semakin ramai individu menceburkan diri dalam bisnes online sama ada secara sepenuh masa atau sampingan. Malahan ada yang sanggup meninggalkan kerja tetap untuk memberi fokus sepenuhnya kepada bisnes online.
Sekilas pandang, bisnes online sepertinya sangat mudah untuk dilakukan. Namun, tanpa pengetahuan dan persediaan tentang apa yang bakal dilalui boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kerugian masa, tenaga dan wang ringgit.
Berikut kami kongsikan 10 aktiviti lazim bisnes online khas untuk mereka yang bercadang mahu memulakan bisnes online ataupun mereka yang sudah jalankan bisnes online tetapi masih keliru dengan bermacam-macam aktiviti bisnes online.
10 Aktiviti Lazim Bisnes Online
#1 – Promosi Barang Jualan
Promosi adalah aktiviti menyampaikan maklumat tentang barang jualan atau servis yang anda tawarkan kepada bakal pelanggan. Ia adalah fasa di mana anda memperkenalkan bisnes anda, produk apa yang anda jual, servis apa yang anda jalankan, kepada orang ramai.
#2 – Konsultasi Dengan Bakal Pelanggan
Selepas promosi bermula, prospek akan menghubungi anda. Maka aktiviti konsultasi bersama bakal pelanggan pun bermula. Fasa ini juga dipanggil sebagai ‘close sale’, ia adalah proses mempengaruhi dan memujuk bakal pelanggan untuk membeli produk/servis anda.
#3 – Follow Up
Tidak semua orang akan terus membeli pada kali pertama mereka menghubungi anda. Ada pelbagai sebab kenapa ini berlaku. Mungkin mereka belum mahu, belum perlu atau belum mampu untuk membeli produk anda. Mungkin juga mereka lupa. Apa yang anda boleh buat ialah dengan follow up mereka selepas beberapa hari.
Ramai yang tidak sedar daripada aktiviti follow up inilah lebih banyak proses close sale yang berjaya berlaku berbanding pada interaksi pertama kali.
#4 – Terima Tempahan
Jika pelanggan setuju untuk membeli produk anda, anda akan catit maklumat tempahan seperti kuantiti, warna, saiz serta butir-butir peribadi pelanggan dan alamat penghantaran.
#5 – Terima Bayaran
Setelah semua maklumat tempahan disahkan tepat, anda akan beri arahan cara-cara membuat pembayaran ke dalam akaun bank anda. Pastikan anda guna akaun semasa khas untuk bisnes online kerana penggunaan akaun simpanan boleh menyebabkan akaun bank anda ditutup.
#6 – Urus Tempahan
Sementara menunggu pelanggan membuat pembayaran, anda boleh sediakan produk untuk pengeposan, balut produk dengan kemas, pastikan saiz, kuantiti, warna dan info berkaitan tempahan adalah tepat. Jika perlu, balut dengan bubble wrap supaya produk tidak rosak semasa penghantaran.
#7 – Pengeposan
Apabila bayaran telah disahkan masuk ke dalam akaun, anda sudah boleh ke pejabat pos untuk mengepos tempahan pelanggan. Jika kuantiti bungkusan yang perlu dipos adalah banyak, adalah lebih baik anda menggunakan servis pick-up daripada syarikat kurier.
#8 – Notifikasi
Selesai pengeposan, adakah kerja anda juga sudah selesai? Oh tidak, kerja anda belum habis lagi. Aktiviti seterusnya adalah memberitahu pelanggan nombor penjejakan bungkusan atau lebih sering disebut sebagai parcel tracking number. Notifikasi ini sangat penting bukan saja untuk meyakinkan pelanggan bahawa tempahan mereka telah diuruskan, ia juga akan menjadi rujukan status penghantaran bungkusan itu kelak.
#9 – After Sale Service
Ini adalah aktiviti bisnes online yang paling ramai terlepas pandang. Penggiat bisnes online perlu sedar betapa pentingnya menjaga hubungan dengan pelanggan. Hubungan ini tidak berakhir begitu saja selepas transaksi, ia merupakan hubungan jangka panjang yang harus dijaga dengan baik. Cara menjaga hubungan ini adalah melalui after sale service atau servis selepas jualan.
After sale service adalah satu layanan yang diberikan kepada pelanggan setelah mereka melakukan pembelian. Bermula daripada pemberian jaminan dalam tempoh tertentu, jaminan pertukaran barang rosak dan bermacam-macam lagi jaminan lain termasuklah khidmat pelanggan (customer service).
#10 – Kumpul Testimoni
Maklum balas pelanggan adalah sangat penting untuk apa saja bisnes yang anda jalankan. Ia adalah cara mengukur kepuasan pelanggan, memberi maklumat penting untuk penambahbaikan, memberi idea untuk untuk perubahan dan paling penting sekali ia membantu anda dapatkan data yang lebih spesifik untuk bantu anda buat keputusan bisnes.
Kebiasaannya pada peringkat permulaan bisnes online, aktiviti-aktiviti ini dibuat secara manual. Anda baru mula berniaga, pelanggan belum ramai, tempahan pun masih sikit, jadi cara manual adalah lebih efektif dari segi kos tetapi ia tidak efektif dari segi masa dan cara kerja. Ruang untuk berlaku kesilapan juga besar.
Apatah lagi apabila bisnes anda semakin berkembang, anda perlu buat promosi lebih kerap, buat konsultasi dengan lebih ramai prospek, proses close sale yang lebih banyak dan lama, aktiviti follow up berlainan masa, terima dan uruskan tempahan yang lebih banyak.. Separuh daripada aktiviti-aktiviti ini saja sudah cukup untuk membuat hidup anda huru-hara.
Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan membuat automasi bisnes online di mana aktiviti-aktiviti di atas dilakukan secara automatik dengan bantuan atau penglibatan minimum manusia, contohnya dengan membina website.
Namun kita semua sedia maklum kos yang diperlukan untuk mengautomasikan bisnes adalah tinggi. Untuk membina website saja memakan kos ribuan ringgit.
Ramai peniaga online tahu kepentingan dan manfaat automasi bisnes online ini tetapi kos yang tinggi menjadi punca utama kenapa mereka terpaksa bertahan dengan cara manual. Di Ordersini, kami menyediakan sistem yang mampu menguruskan bisnes online anda 10 kali ganda lebih mudah dan pantas.
Info lanjut di sini.
>>> Free Download Ebook & Video Tutorial Ordersini <<<
Share artikel ini dengan klik icon
Klik untuk baca lebih banyak artikel & video
Klik untuk lihat product